BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 11, 2011

coretan buat sahabat

Dunia ak ceria dgn kehadirannya. Tersangat ceria bila dia menjadi seorang yang begitu memahami diriku. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana mengurniakan seorang sahabat yg begitu memahami diri ini. Padaku tiada lagi sahabat sepertinya. Malam ini ak tersangat merinduinya. Terlalu.. tidak dapat diungkap dgn kata2… kerana ak bukanlah pemuitis terkenal. Cukup hanya dengan coretan di sini. Dia hadir bila ak terkapai-kapai mencari erti hidup. Dengan bantuannya ak kenal erti penciptaan Yang Maha Esa. Bersyukur kini pada-Mu Ilahi, teman yang dicari selama ini telah kutemui. Walau dia tiada disisi, cukuplah bagiku dia dihatiku. Kerana dia bukan yang lain. Dia membantuku walau jauh beribu batu. Sangat terkesan dgn kehadirannya. Terima kasih Ya Allah..syukur sgt2.. bertuah rasa hati ini kerana menjadi salah seorang rakannya. Dia pemberi semangat, dia ada tika ak perlukannya.walau terlewat sekalipun, dia pasti muncul. Hanya dia memahami penderitaanku..hanya dia, makhluk-Mu yang mengerti akan diri ini.. kerana dia tersangat mengambil berat akan diriku. Sedaya upaya dia ingin meringankan bebanku.

Ya Allah,
Kau peliharalah sahabatku dan keluarganya
Kau peliharalah dia dari segala mara bahaya serta godaan syaitan
Tetapkannya di jalan-Mu
Agar dia bisa membimbing diriku
Ya Allah
Seandainya ak pergi menemui-Mu tanpa sempat berjumpanya
Kau kurangkanlah kesedihan dihatinya
Ya Allah
Ak mohon berkatilah setiap apa yang dilakukannya
Jauhkanlah sahabatku ini dari azab kubur dan api neraka
Kau tempatkanlahnya dikalangan org beriman kelak.

Buat sahabat…
Ak cuma wanita biasa. Tiada apa mampu ku beri padamu melainkan sekeping doa setiap kali kuteringat padamu. Terima kasih kerana memahami diriku. Tika ak punya berbagai rasa, hanya kau di ingatanku..
Ayunan langkahku begitu cepat ingin mendapatkanmu. Ingin kuceritakan segala isi hatiku padamu. Ingin sekali ak menangis dihadapanmu. Ingin sekali ak bersua denganmu. Kerana kau begitu memahami diri ini.

Sahabat,
Teruskanlah perjuanganmu. Aku menyokongmu.
Terima kasih sahabat.
Ak sayang padamu kerana-Nya.. <3<3<3

0 comments: